Kalam indah

Berkongsi ilmu

Solat taubat kena buat selalu sampai hati tu rasa lapang, rasa bersih. Selepas itu rajin nak beribadat. Bila dengar nasihat tu, hati macam seronok. Tak nak lagi buat dosa-dosa lama. Haa.. tu In Sha Allah tanda taubat Allah dah terima.

Waktu Sesuai Solat Taubat

Waktu melakukan solat sunat taubat ialah bila-bila masa kecuali waktu yang diharamkan solat.

Walau bagaimana pun, solat ini lebih afdhal dilakukan selepas tengah malam sewaktu Qiamullai (bangun pada 2/3 malam untuk beribadat kepada Allah)

Cuma apabila kita berasa bersalah dan mahu kembali kepada Allah, maka lebih baik kembali yang dimulai dengan amalan serta-merta.

Dan amal yang paling baik bagi umat manusia tidak lain tidak bukan adalah solat.

Bagaimana Cara Solat Taubat?

Ini adalah panduan mudah untuk melakukan solat sunat taubat nasuha.

Anda akan dibimbing secara langkah demi langkah sehingga selesai dan panduan ini diringkaskan agar mudah difahami.

  1. Niat Solat Sunat Taubat:

Maksudnya: Sahaja aku solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Taala

  1. Bacaan surah selepas Al-Fatihah:
  • Rakaat pertama: Surah Al-Kafirun
  • Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas

atau surah-surah yg biasa hafal.

  1. Semasa sujud terakhir pada rakaat kedua (sebelum duduk Tahiyyat Akhir) iaitu selepas membaca tasbih biasa, bacalah Tasbih berikut 40 kali:

Maksudnya: Tiada Tuhan melainkan Engkau, Ya Allah! Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku daripada golongan orang-orang yang zalim.

  1. Setelah memberi salam hendaklah memperbanyakkan beristighfar:

Maksudnya: Aku memohon keampunan daripada Allah, Tuhan Yang Maha Agung, tiada Tuhan melainkan Allah. Dia hidup, berdiri dengan sendirinya, dan aku memohon keampunan daripadaNya.

  1. Baca Doa Taubat:

Maksudnya: Ya Allah, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri dengan kezaliman yang besar. Dan tiada siapa yang akan mengampuni dosa-dosaku melainkan Engkau. Maka ampunilah aku dengan keampunan yang besar daripada sisiMu. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Pengasih.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *