Kalam indah

Berkongsi ilmu

  • Donald Trump Mahu Vaksin Covid-19 Diberikan Kepada Rakyat AS Dahulu

Di saat ini, para pemimpin China, Perancis, Jerman dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sekarang bersepakat untuk menggunakan apa saja vaksin yang berjaya ditemui merawat COVID-19 sebagai ‘kepentingan awam global’.

Namun, lain pula dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, apabila dia meminta agar vaksin diberi secara tunggal kepada rakyatnya terlebih dahulu.

Menurut Presiden Amerika Selatan, Cyril Ramaphosa, negaranya mahu vaksin COVID-19 dikecualikan daripada sebarang paten, namun ia bertentangan dengan usaha keras syarikat membangunkan vaksin yang berbelanja berbilion dolar.

  • Trump mahu minta vaksin secara tunggal untuk AS dulu

Malah pihaknya menegaskan kepada WHO, syarikat yang terbabit dalam usaha membangunkan vaksin bergantung sokongan daripada AS yang mana bertentangan dengan setiap cabaran terhadap hak harta intelek antarabangsa.

Mark Feinberg, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) International AIDS Vaccine Initiative, dalam satu kenyataan berkata usaha mempatenkan akan dikongsikan selepas vaksin selesai dibangunkan.

Namun pengeluaran ubat tunggal itu tidak dihasilkan dengan mencukupi untuk menampung permintaan dunia dan memerlukan kerjasama daripada syarikat pengeluaran lain dan negara pertama boleh mendapat vaksin itu menjadi persoalan.

  • Kurang perhatian terhadap solidariti antarabangsa

Nampaknya, Donald Trump seakan dalam keadaan terdesak mahu membaik pulih ekonomi negara dalam usahanya untuk melobi dirinya untuk pemilihan semula November depan, sehingga kurang memberikan perhatian terhadap solidariti antarabangsa.

Apa yang diinginkan, dia mahu memastikan negaranya terlebih dahulu mendapat 300 juta vaksin, seawal Januari tahun depan yang dikatakan mencukupi untuk seluruh rakyatnya.

Sedangkan sebelum ini kecoh rakyat AS tidak percaya kenyataan Trump berkenaan Covid-19, siap buat demostrasi ramai-ramai mahu negara hentikan perintah berkurung.

kredit borak daily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *