Kalam indah

Berkongsi ilmu

Rakyat Malaysia Pemurah, Masjid Terbengkalai Di Jepun Berjaya Diselamatkan

Hanya dalam tempoh lapan hari, Masjid Kyoto di Jepun yang terbengkalai sebelum ini berjaya diselamatkan hasil bantuan umat Islam di Malaysia yang menyumbang lebih RM2 juta.

Menurut Presiden Muslim Care Malaysia Society, Zulkifli Wahijan, beliau melakukan sujud syukur apabila hasil sumbangan tersebut dapat menampung kos pembelian bangunan masjid itu selepas mengalami masalah dana yang didedahkan pihaknya.

“Ketika itu (14 Jun lalu) masa kian suntuk apabila penduduk Islam di sana hanya mempunyai masa sehingga 25 Jun ini bagi mengumpul baki bayaran sebanyak RM2.73 juta untuk melunaskan kos pembelian bangunan masjid pertama di wilayah itu,” katanya.

Beliau dan pasukan Muslim Care Malaysia bersyukur Allah SWT menggerakkan hati dermawan rakyat Malaysia untuk menyumbang selain gigih melakukan kempen bagi mengumpul dana tersebut dalam tempoh yang singkat.

https://www.facebook.com/muslimcarejapan/posts/1598358893662653

“Masjid Kyoto adalah masjid ke 3 dibina oleh Muslim Care Malaysia & Japan bersama masyarakat tempatan Jepun selepas Masjid Toyama dan Masjid Chiba,” ujarnya.

Tambah beliau, dana deposit sebanyak 5.5 juta Yen (RM214,200) akan hilang sekiranya baki sebanyak 68.5 juta Yen (RM 2.73 juta) gagal diselesaikan sebelum 25 Jun (hari ini).

Kos keseluruhan pembelian masjid di bumi matahari terbit itu membabitkan anggaran keseluruhan sebanyak 76.7 juta Yen (RM3.05 juta).

https://www.facebook.com/Zulkarnain.HasanBasri7/posts/1639964972826050?__xts__%5B0%5D=68.ARDqWGo_KtFC6Mg85B-4GjitbhnbiLvAbJk8B1kRWsrBmVV9Xb5Zt2Vy_g1n3RcMxFt-LhyqNVH56BLtM_qg7cWyN919geu7qLUhRXrjepKPafhP-CfzTXJtnJ28msTRuWds2oli7xbP50uv6n91IzPl6hZRm473XQ69gVY4FTy_nt56lLx9E79j0_lVYftWJ4Db6H5KP4N8mJOtoou87ZJHWy-8tt1VNQzWf7nMlhPstX24zSRSq9z4ijD4qOmSSiSxPawpKoVheQMHYf5y6OEvXW9_g98j_Q&__tn__=-R

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *