Kalam indah

Berkongsi ilmu

Subhaanallah… Merdunya, Alunan Selawat Nabi Budak Ini.. Sentuh Hati Netizen

Dalam kita kebosanan menjalani Perintah Kawalan Pergerakkan, pelbagai inisiatif diambil bagi menceriakan hari-hari yang berlalu.

Pastinya media sosial menjadi ‘lubuk’ utama dalam mencari hiburan bagi menghilangkan rasa kosong apabila tidak melakukan sebarang pekerjaan.

Suara lunak alun selawat

Oleh hal yang demikian, satu video seorang budak lelaki tenang berselawat keatas Rasulullah S.A.W telah tular di Twitter dan mendapat pelbagai maklum balas positif.

Dapat belasan ribu perkongsian

Perkongsian yang dibuat oleh Daniel Abdullah ini telah mendapat perhatian warganet kerana tertarik dengan alunan suara merdu kanak-kanak tersebut.

Dengan bersahaja sambil ditemani rakannya, kanak-kanak lelaki itu berjaya mengalunkan selawat dengan begitu lunak sekali

Tenang dengar alunan selawat dia

Muat naik video tersebut telah berjaya mendapat lebih daripada 11 ribu perkongsian dan 15 ribu tanda suka di Twitter. Rata-rata daripada warganet yang mendengar alunan selawat kanak-kanak itu mengakui berasa tenang apabila menghayat suara merdunya

Suara dia dari hati

Suara emas adik ni

Tenang je rasa bila dengar

Semak video dibawah:

Sumber : Daniel Abdullah via borakdaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *