Kalam indah

Berkongsi ilmu

KUALA LUMPUR, 22 Mei — Isu air ternyata bukan perkara baharu yang sering diperkatakan oleh penduduk negeri Kelantan. Terbaharu, seorang wanita tampil di media sosial menegur cara kepimpinan negeri itu mengatasi masalah air.

Wanita yang mendakwa mewakili rakyat Kelantan berkata, kepimpinan negeri seharusnya menunjukkan keprihatinan terhadap isu air selain tidak mempolitikan isu tersebut.

“Kita sebagai salah seorang exco sepatutnya kita bercakap lebih menampakkan kita ni berakal. Orang Kelantan kata cerdiklah.

“Maaflah saya bercakap ni agak lantanglah ni sebab saya melihat kepada di bulan Ramadan dan saya merasai sendiri betapa payah tak ada air di Kelantan, di rumah mak saya, di perkampungan-perkampungan, di kawasan pekan terutamanya sepatutnya benda-benda ni tak boleh dibawa main,” katanya dalam sebuah video yang dimuat naik akaun Facebook, Gang Utara Fan Club.

Sementara itu, wanita tersebut turut mengkritik tindakan seorang pemimpin Kelantan yang dikatakan berseloroh mengenai isu air dengan menyarankan penduduk terjun ke dalam Sungai Kelantan.

“Orang tak kecek (cakap) lagu (macam) tu, sebab bagaimana mandi nak terjun lagu tu. Terjun lagu tu, mu (kamu) lah terjun, buat po (buat apa) suruh rakyat terjun,” kritik wanita itu lagi.

Rakyat Kelantan sekolahkan Nik Amar 😂

Posted by Gang Utara Fan Club on Khamis, 21 Mei 2020

 

Sebelum ini, seorang pemimpin Kelantan pernah berucap agar penduduk Kelantan terjun ke dalam sungai berbanding beratur panjang bagi mendapatkan air di sebuah pasar raya.

Pemimpin itu juga didakwa turut membandingkan tahap kualiti air Sungai Pahang dan Kelantan. Walaupun perkara itu berlaku hampir lapan tahun lalu, ia masih ditularkan pihak tertentu di media sosial sekaligus membangkitkan semula kemarahan sebilangan besar rakyat Kelantan.

kredit projekmm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *