Kalam indah

Berkongsi ilmu

Adat istiada konvokesyen merupakan antara memori dan saat yang paling dinanti-nanti oleh seseorang graduan. Adat isitiadat ini adalah merupakan bukti segala hasil titik peluh mereka terbalas selama beberapa tahun menuntut pengajian di universiti.

Namun pada tahun 2020, segala adat istiada konvokesyen terpaksa ditangguhkan ekoran wabak pandemik COVID-19 melanda negara. Sudah tentunya, penangguhan ini membuatkan para graduan yang sewajarnya menerima skrol pada tahun ini berasa sedikit kecewa dengan situasi yang berlaku.

“UiTM buat konvokesyen temu janji…”

Menurut perkongsian daripada penuntut di UiTM, pihak pengurusan UiTM telah memperkenalkan adat istiadat konvokesyen secara temu janji sebagai salah satu jalan penyelesaian untuk mengadakan majlis tersebut.

Namun, kebanyakan graduan UiTM dilihat tidak menyukai cadangan dengan mengambil skrol di skrin hijau berkenaan.

Feel tak sama dengan konvokesyen lama…

Sudah tentunya, para graduan ini memiliki alasan mereka tersendiri untuk tidak menyukai cadangan konvokesyen secara temu janji ini. Luahan ini juga boleh dilihat menerusi ruangan komen di perkongsian video simulasi konvokesyen temu janji.

Tak sama rasa macam dalam dewan

Kelainan macam ni tak jumpa dah lepas ni…“Aku rasa down gila…”

“Rela tangguh convo…”

Sumber: Twitter.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *