Kalam indah

Berkongsi ilmu

[Video] Al Allamah Pak Su Mid Wali Allah?

Al Allamah Arif Billah Tok Wali Pak Su Mid (1926 – Sekarang)

Nama sebenar Pak Su Mid ialah Tuan Guru Haji Abdul Hamid dan dilahirkan di Air Hitam, Jerlun, Kedah. Menurut Pak Su Mid umur sebenar beliau sudahpun menghampiri 100 tahun. Ini kerana orang dahulu sudah biasa mendaftar lambat di Jabatan Pendaftaran. Beliau telah menuntut ilmu dari beberapa wali Allah.

Di antara guru beliau ialah:

  1. Syeikh Abu Bakar Palestin
  2. Wali Allah Syeikh Abdullah Harun – Stesen Kereta Api Lama Alor Star, Sg. Korok
  3. Pak Da Eil Mekah
  4. Tuan Guru Haji Abdullah Kecik – Pondok Langgar

Keturunan asal Pak Su berasal dari Banjar, Indonesia. Pak Su mula tinggal di Bukit Tembaga pada tahun 1965 dan beliau berkahwin pada tahun 1973. Semasa mudanya beliau bekerja dan berniaga di Pekan Rabu, Alor Setar pada siang harinya. Manakala pada sebelah malamnya beliau akan menadah ilmu bersama guru-guru beliau. Pak Su juga bersahabat baik dengan Tuan Guru Haji Abdul Aziz Pendang.

Antara kitab yang sering menjadi rujukan Pak Su Mid adalah:

  1. Hilyatul Auliyak
  2. Futuhat Makkiyyah Ibn Arabi
  3. Khozinatul Asror

Beliau pernah berkata bahawa , beliau cuma membaca kitab kitab yang pengarangnya seorang Wali Allah sahaja. Amalan utama Paksu Mid hanya lah al Quran & puasa setiap hari. Setiap kali diminta amalan dan nasihat, maka beliau akan berpesan supaya berdamping dengan al-Quran.

Sudah lebih 30 tahun beliau berpuasa sunat. Ramai ulamak yang berpendapat menyatakan bahawa Pak Su sudah mencapai maqam Wali Allah.

Berkata Syeikh Wan Izzudin Bin Syeikh Wan Ibrahim / Pak Chu Him Pondok Gajah Mati. Ada yang berpendapat bahawa Pak Su Mid telah mencapai maqam wali Abdal. Ini berdasarkan 4 rukun Abdal iaitu salah satunya rajin berpuasa. Kalam Pak Su Mid mempunyai gaya bahasa yang tinggi dan unsur kiasan yang mendalam. Beliau suka berkias dalam percakapan.

Di antara nasihat atau kata-kata hikmah Pak Su Mid ialah :

  1. Pastikan diri sentiasa berwuduk.
  2. Bergelut sungguh-sunguh dengan al-Quran. Pegang al-Quran dan kata: Ya Allah, ini kitab Engkau yang aku beramal. Barangsiapa yg beriman kepada Allah, Allah akan memberikannya hidayah.
  3. Malam malam bangun buat tahajud. Menangis atas segala dosa. Ambil air mata tu sapukan satu tubuh badan niat sebagai benteng dari api neraka.
  4. Bila ada Istiqomah , baru malaikat turun. Jangan takut jangan sedih. Depa bawa berita gembira kita jadi ahli syurga.
  5. Nak cekap dalam agama ni kena kuasai ilmu alat.
  6. Sapa tak baca al-Quran, dia benci kepada Allah.
  7. Semua ilmu ada dalam Al Quran. Semua penyelesaian hidup ada dalam Al -Quran.

Berikut disertakan waktu ziarah Pak Su Mid di rumahnya.

  1. Waktu Pertama : 9.00 pagi – 12.00 tengah Hari
  2. Waktu Kedua : 3.00 petang – 5.00 petang

Adap untuk ziarah Pak Su Mid ialah kena pastikan bawa al Quran , pen & kertas dan ikut waktu lawatan tersebut. Alamat rumah Pak Su Mid – Kampung Kuala Pai , Bukit Tembaga , Kuala Nerang. Moga Allah Taala memberi kesihatan yang baik buat beliau . Amin

Jom tonton video…

Sumber; Mohd Noor Safri via islamikmedia
Kredit; Matin Fi Qalbi
Sumber video; Amri imran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *